Thursday, April 17, 2014

INFO : Cara Simpan Susu Perahan (EBM)

Salam,

Antara perkara2 yang saya selalu GOOGLE setiap kali nak masuk kerja semula selepas habis tempoh berpantang adalah Cara Nak Simpan Susu Perahan (EBM).  Walaupun anak ke-3 sebab tak ingatkan. :)  (Tapi saya skrg dah WAHM - Work At Home Mother dah)

Jadi saya harap SHARE ni dapat membantu ibu-ibu di luar sana.



Ni gambar susu EBM ex opis mate masa dalam pantang hasil makan set 3M Breastfeeding. Sampai kena beli freezer sebab banyak sangat stok.  





Gambarajah Cara Simpan Susu Perahan (EBM)



credit


5 Soalan yang biasa ibu-ibu nak tahu.


Soalan 1:-
Berapa lama susu saya boleh bertahan:-

a) Suhu Bilik
b) Peti Ais (Satu Pintu)
c) Peti Ais Bawah ( 2 Pintu)
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu)
e) Deep Freezer
f) Cooler Bag

Jawapan :-
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di Malaysia dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais...banyak pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini, jadi jawapan ummi ini telah ummi sesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga bergantung pada kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman ummi sendiri (setelah dibuat experiment n error berkali2)...so inilah jawapan ummi yang ummi rasakan paling sesuai :-

a) suhu bilik - bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja (ummi dah buat experimen pun sbb ummi expressing pumping...
b) Peti Ais (1 pintu) - bertahan paling lama adalah 2 minggu sahaja...kerana suhu bg peti ais satu pintu tidak sama dengan yg 2 pintu..Ini kerana peti ais 2 pintu jika di buka pintu bwh, susu di bhg atas tidak berubah sedangkan peti ais satu pintu merangkumi kedua2 bhg sekaligus...
c) Peti Ais Bawah (2 Pintu)- bertahan paling lama 72 jam tetapi ummi lebih suka amalkan 48 jam sahaja.
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu) - bertahan paling lama 3-6 bulan (bergantung kepada kekerapan membuka pintunya...semakin kerap semakin kurang jangka hayatnya..ummi ambil 3 bulan sahaja...
e) Deep Freezer - bertahan paling lama 6-12 bulan (lamakan...subhanallah)...juga bergantung kepada kekerapan pintunya di buka...* setiap kali peti ais dibuka suhu akan berubah..

Dan just tambahan, susu dari freezer yang telah di cairkan (thawed)...hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair sepenuhnya...dan apa yg ummi paparkan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja...apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak berubah rasa (kita lbh tau dah basi ke belum)...so, walaupun sudah terlebih tarikh ianya masih selamat digunakan, insya Allah...Dan harus juga ummi ingatkan bahawa susu yg disimpan di bahagian dalam peti ais lebih baik dari yang di simpan di tepi pintu peti ais...

e) Cooler Bag - Anggaran 12-24 jam.  Selalunya saya PUMP di opis saya simpan dalam cooler bag atau Peti ais bahagian bawah.  Kemudian saya sampai rumah terus saya simpan dalam peti ais rumah.


Soalan Kedua :-
Berapa lama susu yang telah di panaskan boleh di gunakan?


Jawapan :-
Ummi lebih suka bahagikan kepada 2 keadaan :
a) Susu fresh (susu yg disejukkan di bahagian bawah) - (selepas di panaskan) jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam dan jika baby tak minum lagi, bertahan 3-4 jam..
b) Susu beku (Thawed) - (selepas di panaskan) - bertahan sejam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang...

Susu yang telah diminum baby tidak boleh di gunakan semula kerana air liur/siliva baby juga ada bacteria dan enzyme...dan mengapa susu beku bertahan sekejap berbanding susu fresh...kerana proses pembekuan tuh sebenarnyer mengubah/memusnahkan beberapa komponen dlm susu...


Soalan ketiga:-
Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?


Jawapan :-
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan..dan sekiranya ingin memudahkan kerja boleh juga di panaskan menggunakan warmer...dan harus ummi ingatkan JANGAN panaskan susu dengan merebus susu dengan air yg menggelegak,menggunakan microwave dan melebihi suhu 70 degree celcius...ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu tersebut...

Soalan ke empat :
Boleh kah saya mencampur2kan susu jam 2 ptg dengan 6 ptg??


Jawapan :-

Sebenarnya ummi tidak berapa advise untuk susu di campur2kan...tetapi sbg panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama...kdg2 sedikit2 dan adakalanya banyak...so, jawapan ummi ialah BOLEH...syaratnya susu2 yg di campurkan itu hendaklah dalam tempoh 24 jam sahaja (maksudnya masa perahan tarikh yg sama-24jam)..dan syarat kedua susu yg baru di perah hendaklah di sejukkan terlebih dahulu dalam bekas lain sekitar 2-3 jam...apabila suhu kedua2 susu yg ingin di campurkan tersebut telah sama...baru lah boleh di campurkan kedua2nya...

Soalan kelima :-
Bolehkah susu yg saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya minum...tetapi tidak habis...bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan???

Jawapan :-
Actually ummi tidak begitu menggalakkannya tetapi pada pengalaman ummi sendiri..BOLEH...syaratnya begini...(untuk mudahkan kefahaman ummi bg contoh ye)..kita pam dapat sekitar 4 oz...asingkan 2 oz untuk anak minum dan 2 oz standy (kalau tak cukup)...so, susu yg belum di minum ini masih boleh di sejukkan dan di panaskan semula untuk di gunakan...dan bagi yang telah di minum..ummi tak galakkan...sbb campuran air liur baby turut mengandungi bakteria dan enzyme...so, kita lbh tau banyak mana anak kita perlukan...asingkan siap2 ok...


Harap SHARING dapat membantu ibu-ibu di luar sana.  BOOKMARK page ni supaya senang anda nak refer lagi.  Ambil masa juga nak familiarkan.

Bacan lain:

  • Set Penyusuan 3M
  • Testimoni Set 3M : mereka ini merupakan kawan-kawan di sekolah dan pejabat.
    • TESTIMONI : Kebaikan Set Berpantang, Menyusu, Kurus SHAKLEE makan selepas bersalin buat Puan Ekin bertenaga, susu banyak, kulit semakin cerah dan kurus semula!
    • TESTIMONI : Makan set SHAKLEE sejak hamil, berpantang dan kini menyusu (set 3M), hasil susu banyak dan penuh peti ais sampai kena tahan2 je nak perah sebab takde ruang dah.
    • TESTIMONI : Part 2 : Vitamin SHAKLEE membantu saya CERGAS di pejabat, kurangkan rambut gugur dan elak sembelit.  Kejayaan paling banyak dalam penyusuan.  ~Puan Linda
  • TEKNIK POWER PUMPING UNTUK BANYAKKAN SUSU




Ingin menempah (Set Penyusuan 3M SHAKLEE) untuk anda dan bayi anda?

 Dapatkan konsultasi secara EKSKLUSIF dan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda yang memilih Ardina2u Vitamin4Me

Hubungi : Dalina Ismail
Whatsapp : 010-2264635
SMS/Call : 019-3733976
Email : ardina5@gmail.com


Pengedar / Agen SAH SHAKLEE di Putrajaya, Cyberjaya, Kg Pandan KL, Ampang, Serdang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.




Ingin keahlian PERCUMA? Klik sini.  






  • Penyakit kronik/kesihatan menyeluruh : Vivix
  • Sedang hamil : set 3M + Omega tanpa ALFALFA
  • Nak hamil : GLA+Alfalfa (isteri) dan Zinc+Vita E (suami)
  • Nak Berpantang :    Set 3M + Zink
  • Nak Menyusu :    Set 3M
  • Nak Kurus :    Set 3M + Omega (Bonus ni)
  • Nak Kurus (2): Lecithin, Omega, Cinch, Alfalfa, Herblax 
  • Nak Cantik :    Set 3M sahaja or ADD On Vita E 
  • Nak baik dari Sakit2 Sendi/Lutut/Badan :    Set 3M + AJHT
  • Nak baik dari Sakit2 Sendi/Lutut/Badan (2) :    Osteomatrix, AJHT, Omega
  • Set Kanak-kanak : Omega, Mealshake, Chewable C
  • 0 comments:

    Post a Comment

    Terima Kasih untuk pendapat anda :)

    Pengedar sah SHAKLEE untuk kawasan Desa Pandan, Kg Pandan KL, Ampang, Serdang, Seri Kembangan, Putrajaya dan seluruh Malaysia.

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Dapatkan nasihat pakar kesihatan untuk masalah penyakit anda.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Rangkaian Vitamin SHAKLEE