Wednesday, January 21, 2015

Kisah saya jatuh CHENTA dengan set Menyusu SHAKLEE

Salam,

Kisah saya dan SHAKLEE bermula sejak saya mula makan set 3M Menyusu yang HOT tu.  

Masa dalam pantang, anak saya yang kecil tu kerap batuk.  Saya beranggapan kerana cuaca, asap dari menyalai daging dan keadaan rumah saya yang betul2 di tepi jalan utama. Kuning anak saya juga lama,  1 ke 2 kali bawa hospital untuk cucuk di kaki utk dapatkan darahnya.  Suami tak sanggup lagi, jadi ikhtiar cara lain.  Daun beli di sensei la dan akhirnya kami cuba Homeopati.  Masa tu jamu set bersalin tak boleh nak makan atas saranan doktor.  Jadi badan pun lemah.  Jadi kami pun pergi Homeopati di Bangi.  Rupanya ramai ja ibu2 yang dalam pantang bawa anak ke situ untuk masalah kuning ni.  Jadi masa rawatan tu, tiba2 Ustaz tu tanya saya.  “Anak awak ni kerap minum ke? Macam tak kenyang2. “ Saya pun hairan lah sebab saya tak beritahu pun hal tu.  Jadi saya kata YA.  Kemudian Ustaz Hassan kata lagi, “ Susu awak ni nak tak berkualiti ” Tersentap saya.  Saya macam aaaa..  Sebab semua kata susu ibu yang terbaik lah.  Jadi saya senyap je la, takde pulak nak tanya lebih lanjut.

Kemudian hari berganti hari.  Anak saya dah masuk 5 bulan.  Masa tu susu macam tak cukup.  Puas saya perah, susukan dia macam tak cukup juga.  Sampai ada 1 malam tu saya dah bancuh susu formula. Rasa sedih sangat masa tu sebab saya sebolehnya nak eklusif breastfeeding selama 2 tahun.  Air masak pun saya cuba elakkan.  Walaupun mak saya selalu je bagi solusi suruh campur susu formula.  Sebab saya bekerja penat lagi. Sampai rumah pun dah malam.  Nak menyusukan pun macam tak larat.  Tapi saya kuatkan semangat sebab memang dah azam saya untuk menjayakan penyusuan anak ke 3 ni.  

Jadi saya GOOGLE la cara nak banyakkan susu.  Saya jumpa banyak sangat topik penyusuan dengan set Menyusu dari SHAKLEE.  Testimoni-testimoni yang ada memang memberangsangkan.  Lepas tu baru saya tahu pasal susu yang pekat warnanya.  Baru perasan memang susu saya agak cair.  Teringat saya kata-kata Ustaz Hassan.  Betul la dia kata.  Susu saya kurang berkualiti dan lebih tepat lagi kurang bernutrisi untuk istilah sekarang.  Saya memang seorang yang memilih makan.  Sayur dan buah memang takde dalam piramid makanan saya.  Boleh dikira la berapa jenis sayur yang saya makan, bayam dan kobis sahaja itu pun kalau dimasak dengan cara tertentu.

So saya nekad la nak cuba set 3M Menyusu.  Masa tu saya kata saya nak amik set yang paling lengkap sebab nak dapatkan hasil terbaik.  So next cari agen SHAKLEE.  Terus teringat kawan seuniversiti saya Yati Omar pernah PM saya pasal produk SHAKLEE.  Masa tu saya fikir kalau benda ni sebagus yang digembur2 kan saya nak jadi ahli terus supaya saya dapat beli secara murah.  

Bermula lah kisah saya makan Vitalea, B Complex, Vita C, Osteomatrix, ESP dan Alfalfa.  
Secara istiqamah saya makan set 3M Menyusu ni selama genap anak saya 2 tahun. Saya perasan sejak makan set 3M ni susu bertambah pekat dan anak tidak menyusu lama macam dulu.  So tak da la luka cik B saya.  Anak saya tidur lebih lama waktu malam.  Jadi takde  la saya asyik nak kena bangun je macam dulu.  Saya ni jenis cepat penat dan tak boleh tak cukup tidur.  Kalau saya tak cukup tidur, saya akan tertidur masa memandu dan saya pernah accident kerananya.  B complex memang membantu saya untuk mudah bangun keesokan harinya.  Kalau tidak dulu, lepas Subuh saya akan sambung tidur semula dan saya memang masuk keje lambat sebab bekerja di tempat customer.  Muka memang tebal je la setiap hari.  Osteomatrix pun sangat membantu saya tidur dengan lebih di waktu malam dan memudahkan saya membuang.  Saya ni ada sembelit dan sakit kepala yang kronik sebenarnya.  Nanti saya cerita tu dalam entri yang lain.  Dan paling saya suka masalah resdung saya pun bertambah baik, kepala kurang sakit dan rasa bertenaga.  Dulu hampir setiap hari saya sakit kepala tapi takut nak gi check doktor.  Saya cuma merawat dengan bekam sahaja jika saya tidak mampu menanggung sakit kepala saya.  Paling mudahnya saya tidur, tapi kekadang bangun pagi, peningnya tak hilang juga.  Yang paling tak tahan bila suami mengadu selalu tidur sahaja.  Dah sakit kena bebel pulak kan.  Yang jadi mangsa anak2 la bila kepala dah sakit.  BONUS!   Dapat kecantikan kulit.  Parut kat kaki yang dah lama bertapak sejak kecik semakin pudar.  Macam tak caya je sebab ingat memang takleh hilang dah dan yang paling best badan pun dah tak berdaki.  PELIK tetapi BENAR!

Kesimpulannya SHAKLEE memang banyak membantu saya memperbaiki kesihatan saya dan sekaligus anak saya Ahmad Fawwaz yang dapat khasiat daripada penyusuan.  Kini anak saya sudah berumur 2 tahun 8 bulan dan masih menyusu :)  Dan yang paling saya suka, leader SHAKLEE ni memang islamik.  Secara tak langsung saya banyak memperbaiki cara hidup saya juga.

Nanti saya cerita lagi tentang kisah kurus saya bersama OmegaGuard dan semua vitamin SHAKLEE yang saya dah cuba, kisah anak2 saya dengan Mealshake, kisah suami, ayah, adik beradik dan semua customer kesayangan saya.






Ingin menempah (set 3M Menyusu SHAKLEE) untuk anda?
 Dapatkan konsultasi secara EKSKLUSIF dan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda yang memilih Ardina2u Vitamin4Me

PM Admin : Dalina Ismail
Telegram/SMS/Whatsapp : 010-2264635
SMS : 019-3733976
IG : dalinaismail
Email : ardina5@gmail.com


Pengedar / Agen SAH SHAKLEE di Desa Pandan, Kg Pandan KL, Ampang, Serdang, Seri Kembangan, Putrajaya, Cyberjaya dan seluruh Malaysia.



Ingin keahlian PERCUMA? Klik sini.  







  • Penyakit kronik/kesihatan menyeluruh : Vivix
  • Sedang hamil : set 3M + Omega tanpa ALFALFA
  • Nak hamil : GLA+Alfalfa (isteri) dan Zinc+Vita E+CoQHealth (suami)
  • Nak Berpantang :    Set 3M + Zink
  • Nak Menyusu :    Set 3M
  • Nak Kurus :    Set 3M + Omega
  • Nak Kurus (2): Lecithin, Omega, Cinch, Alfalfa, Herblax 
  • Nak Cantik :    Set 3M sahaja or ADD On Vita E 
  • Nak baik dari Sakit2 Sendi/Lutut/Badan :    Set 3M + AJHT
  • Nak baik dari Sakit2 Sendi/Lutut/Badan (2) :    Osteomatrix, AJHT, Omega
  • Set Kanak-kanak + Otak Cerdas : Omega, Mealshake, Chewable C
  • Set Sembelit : Osteo + Omega
  • Set Buasir : Omega + Osteo + Zink
  • Set Sahur : ESP + Mealshake + Performance Drink
  • Set Denggi : Nutriferon + Performance Drink + Vivix
  • Set Detoks : DTX + Alfalfa + Garlic
  • Set Kolestrol / Jantung : CoqHealth + Omega + Phytocol + Garlic 
  • Set Anti-aging : Vivix + Collagen
  • 0 comments:

    Post a Comment

    Terima Kasih untuk pendapat anda :)

    Pengedar sah SHAKLEE untuk kawasan Desa Pandan, Kg Pandan KL, Ampang, Serdang, Seri Kembangan, Putrajaya dan seluruh Malaysia.

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Dapatkan nasihat pakar kesihatan untuk masalah penyakit anda.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Rangkaian Vitamin SHAKLEE