Monday, April 15, 2013

TIPS PENYUSUAN : SEIMBANGKAN SUPLEMEN ROHANI Beserta JASMANI

Salam Isnin,

Rasa terpanggil untuk SHARING bila membaca petikan tentang SUPPLEMEN Rohani dari blog Puan Yati.  

Dalam melalui breastfeeding journey ni bukan perkara mudah.  Ada yang menghadapi pelbagai rintangan untuk berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun.  Saya dulu pernah  juga terfikir nak campur susu formula tapi Alhamdulillah kerana saya telah bertekad ingin menjayakan penyusuan anak ke -3 ini, maka saya cuba mencari jalan keluar bagaimana untuk memperbanyakkan susu dan mengenyangkan anak saya.  Di sinilah bermulanya pengenalan saya dgn set 3M Breastfeeding SHAKLEE.  Setelah kita berusaha, tentunya kita perlu bertawakal dan menyerahkan kepada Allah.  Bagaimana untuk berserah..? Kita kena sentiasa ingat padaNya dgn berzikir dan berdoa padaNya.

Setiap kali saya menyusukan atau perah susu.. Saya akan berselawat dan berdoa.

"Ya Allah semoga susuku ini dapat mengenyangkan anakku dan baik untuknya.  Amin."

Itu cara saya ya.. Skrg jom kita baca pula amalan rohani yg dipetik daripada blog Puan Cery.

----------------------------------------------------------


"Kak.so far alhamdulillah stakat ni mkn set b.  susu pun boleh la tahan tapi ada tak zikir atau doa untuk tambah susu. Stress lah keje penat. Saya kurang arif hal2 ni, tolong ye kak.." ~Pn Farahiah-KL..

Lebih kurang begitula sms dari Pn Fara..seorang ibu bekerjaya yang saya kenal di alam maya.

Semalam saya dgr di radio, ustaz ni ceramah.  Katanya manusia ni sungguh prihatin bab2 jaga badan, gi bersenam, makan makanan seimbang, makan segala vitamin tetapi ini semua makanan jasmani.

Bagaimana dgn makanan rohani?  
Roh perlukan zikir, wirid.solat..

Tak dinafikan dunia ni dah makin maju dan manusia makin sibuk dgn tuntutan dunia.  Jadi pendekatan dan tuntutan rohani terabai

Saya tak pernah jemu menulis dan memberitahu ibu2.. bahawa doa dan keyakinan yang kuat itu sangat membantu si ibu itu untuk terus berjaya menyusukan anaknya....yakin dan berserahla pada Allah....


Jadi buat Fara dan yang lain, amalkanlah doa ini.


"Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku."

Percayalah..yakinla dgn izin Allah, walau sedikit susu ibu tetapi mampu membuatkan anak kita mudah kenyang.  Supplemen2 & vitamin2 adalah ikhtiar kita dalam membantu kepekatan susu dan doa membantu mencukupi keperluan si anak tadi....Jika anda berpegang dan berdoa..pasti hati akan tenang serta secara langsung membantu dalam pengeluaran susu yang berpanjangan.
Untuk ibu2 dan wanita di luar sana yang stress bekerja, letih dgn pelbagai tugas, amalkan juga zikir ini.
  • SubhanAllah 33x, 
  • Alhamdullillah 33x 
  • AllahuAkbar 33x
  • Laaillahaillah 1x sebelum tidur

"Siti Fatimah mengadu kat Nabi SAW, yang dia keletihan serta tapak tangan dah kasar kerana mengisar gandum lantas memohon seorang khadam dari Baginda SAW."

Nabi SAW memujuk anak kesayangannya dengan menganjur membaca SubhanAllah 33x, Alhamdullillah 33x dan AllahuAkbar 33x dan 1x Laaillahaillallahu wah dahulaa syarikallah...hingga akhir untuk menghilangkan letih sebelum tidur".

----------------------------------


Banyak benda yang kita minta dari Allah, tapi apa yang kita beri padaNya.  Seperti ustaz yang saya mengajinya dengannya kata, "Kita minta macam2 dalam doa kita, tapi kita sering lewat bila dipanggil untuk mengadapNya (solat)"

Yuk solat dulu... :)



0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih untuk pendapat anda :)

Pengedar sah SHAKLEE untuk kawasan Desa Pandan, Kg Pandan KL, Ampang, Serdang, Seri Kembangan, Putrajaya dan seluruh Malaysia.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Dapatkan nasihat pakar kesihatan untuk masalah penyakit anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rangkaian Vitamin SHAKLEE